Me, Myself and I

Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Please visit my facebook by typing my name hafizharudin or my email hafizharudin@yahoo.com I'm also a freelance photographer...you can contact me via email / facebook for further info

Wednesday, June 2, 2010

Syukur kehadrat Ilahi - Konvoi LL4G Malaysia Selamat

Syukur kehardat Ilahi kira2 jam 12.30pm waktu tempatan, Abang kepada isteri saya (Abdul Halim Bin Mohamed Redzuan) telah menelefon dan memberitahu yang beliau berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan di kedutaan Malaysia di Jordan. Untuk pengetahuan pembaca, abang ipar saya telah menyertai misi konvoi LIFE LINE 4 GAZA (LL4G) ke Palestin dengan menaiki kapal Mavi Maramara. Kapal tersebut telah di serang oleh pihak Israel laknatullah (Operation SkyWind) pada 31 May 2010 bagi menyekat penghantaran bekalan kemanusiaan ke Palestin.

Seramai 10 orang dilaporkan meninggal dunia dan 70 cedera semasa serangan dilakukan ke atas konvoi LL4G. Salah seorang tokoh pembebasan Palestin iaitu Syeikh Raed Solah yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara turut cedera parah ditembak oleh komanda Israel. Kesemua mereka telah ditahan di penjara Israel – Beersheba, Haifa atas alasan menceroboh dan tidak mengendahkan arahan Pihak tentera Israel. Pada 1 June 2010, pihak Israel telah menyelongkar dan mengosongkan kapal Mavi Marmara sebelum berlabuh di perlabuhan Ashdod – Israel. Segala peralatan komunikasi turut dirampas bagi menyekat aktivis konvoi berhubung dengan dunia luar. Selepas serangan Israel dilancarkan, pelbagai pihak dari seluruh pelusuk dunia telah mengacam tindakan kejam pihak Israel dan segera membebaskan kesemua aktivis konvoi LL4G – Freedom Flotilla.

Manakala di Malaysia pula, satu memorandum telah dikeluarkan dan dihantar oleh saudara Zulkifli Nani Crisis Management Team for Lifeline For Gaza (CMT-LL4G) ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak. Mereka turut mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar bendera Israel bagi menunjukkan rasa tidak berpuashati dengan tindakan tentera Israel yg menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bekalan kemanusiaan ke Palestin.


Tapi apapun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana semua konvoi kini berada dalam keadaan selamat, namun saya sedikit berasa kecewa kerana usaha murni mereka untuk menghantar bekalan tidak kesampaian.

Harap2 konvoi kapal ke-2 Rachel Corrie yg diketuai oleh Greta Berlin dapat melepasi halangan dari tentera Israel - Allahuakbar!!!. Kapal ini diberi nama ‘Rachel Corrie’ bagi memperingati seorang aktivis Amerika yg terkorban di langgar dan digelek oleh ‘bulldozer’ pihak Israel yang cuba merobohkan kediaman Palestin pada 2003.

Wassalam

Berikut adalah gambar2nya :


Rombongan LL4G Malaysia




Aktivis sedang malakukan solat hajat, membaca Al-Quran dan berdoa sepanjang perjalanan




Serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 May 2010




tokoh pembebasan Palestin iaitu Syeikh Raed Solah yang turut tercedera semasa serangan komando Israel ke atas Mavi Marmara



>




Kapal Mavi Marmara yang berlabuh di Perlabuhan Ashdod telah dikosongkan ole kerajan Israel - Kejam!!!

No comments:

Post a Comment