Me, Myself and I

Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Please visit my facebook by typing my name hafizharudin or my email hafizharudin@yahoo.com I'm also a freelance photographer...you can contact me via email / facebook for further info

Friday, June 25, 2010

Koleksi Mobile Phone & Sim Card

Salam semua,

Ingat lagi tak Sim Card / Sim pack / Starter pack (tak kisah la ape pun panggilannye) yang mula2 skali untuk telefon bimbit korang? Ingat lagi tak berapa harga untuk Prepaid 'starter pack' yang korang pernah beli? Hehehehe...Mesti angin jerk bile compare balik harga skarang (2016) dengan harga masa dulu2kan?


Tapi sebelum aku mula2 berjinak dengan handphone nih, telefon rumah (Fixed Phone) dengan Public phone la yang jadi pujaan aku. Maklumlah masa tu handphone hanyalah golongan2 elit dan kaya je yang mampu pakai.


Image result for telefon dulu
Sempat gak la merasa model ni

Duit syiling memang aku spare banyak2 untuk aku guna kat public phone. Sampai berat la kocek aku isi duit. Tak lama lepas tu Telekom dan Uniphone upgrade phone diorang yang boleh guna KadFon, So senang la sikit. Tak payah aku nak bawak duit syiling banyak2 lagi. KadFon ni ada macam2 design yang menarik seperti gambar2 burung, koleksi kartun Lat, pemandangan etc. Nilai untuk KadFon ni plak bermula dengan harga serendah RM5 hingga RM100.



Public Phone sangat popular dikalangan student hostel satu masa dulu. Duit syiling dan kadfon memang tak dapat dipisahkan dengan student hostel. Dah macam nyawa pun ada. Tu la satu2nya alat perhubungan untuk berhubung dengan dunia luar kalau nak telefon family dan sedara mara. Bagi yang hangat bercinta plak, diorang siap bawak kerusi kat pondok telefon bila nak bergayut.



Duit syiling ketuk, jarum no. 5, modified Kadfon cukup glamour untuk digunakan kat Public Phone. Kalau bab2 nak cakap lama guna Public Phone, bagi jerk kat diorang ni modified. Creativity sangat penting bagi student hostel kalau nak survive. Aku memula tau benda nih pun masa member aku ajak teman dia telefon awek. Aku rasa pelik sebab dia masuk 10sen jerk tapi boleh cakap berjam2. Aku tanya camne dia buat, so dari situ lah mulanya aku tau macam2 skill diorang untuk curi line.




Image result for telefon dulu
Analog dialing - Fixed Phone


Lepas jerk aku tamat Sekolah (SPM), aku dah lepak kat KL (umah mak aku). Telefon umah la jadi mangsa ke-2 aku untuk telefon kawan2. Hujung bulan, bil telefon umah cecah ratusan ringgit. Apa lagi...Kene Ceramah free la dengan mak sebab bergayut berjam2. Lepas je kes tu. Aku tekad nak beli handphone sendiri, tak mau lagi pakai phone rumah. Kesian kat mak aku kena bayar bil aku (padahal duit top up still lagi mintak mak...kekekeke)

Aku ingat lagi masa mula aku berjinak2 nak pakai handphone. Handphone pertama yang aku beli ialah model Motorola berserta prepaid line TM TOUCH - 013 dengan harga RM178 (Dec 2000). Tak silap aku ada kredit RM70 kat dalam. Rasa dah macam hebat gila masa tu dapat pakai handphone. Maklumlah batak tak penah ada handphone. Kemane jerk aku pegi, handphone aku bawak sekali. Takut2 ada member yang nak call nanti senang nak jawab (macam businessman plak....poyo tahap gaban la klu ada handphone nih..muahahahaha).

Image result for tmtouch
TMTouch - 013

Image result for motorola model 2003
Motorola Mobile Phone


Tak lama lepas tu Adam@TimeCel - 017 (Feb 2001) launch Sim Card baru. Diorang offer free sms to all network. Aku trus beli lepas nampak kat Iklan TV. Bertambah galak la aku ber 'sms'....hehehehe. At the same time aku trade-in Motorala aku dengan Erricsson T10 kaler biru (Flip Phone). Baru la nampak ranggi. Ada la dalam setahun aku pakai.

Image result for motorola t10

Erricsson T10

3rd handphone aku, Nokia 3310 (Jan 2002)Warna- Blue black (tapi slalu tukar warna casing...sbb murah). Banyak jasa phone ni kat aku. Call dan sms da memang core function, tapi yang paling penting ada game ular (snake) dan jam loceng untuk kejut aku setiap pagi. Zaman tu PSP mana wujud lagi, so handphone aku la yang jadi mangsa member2 nak main game. Siap challenge sape dapat score paling tinggi. Last sekali dia berkhidmat dengan aku masa pagi hari raya tahun 2002. Aku letak dalam songkok kat depan cermin tetiba abang aku datang nak try pakai. Dia tak tau yang ada handphone kat songkok tu. Tangan dia laju jer nak sarungkan songkok tu kat kepala dia...aku dengan syahdunya tengok handphone tu terbang depan mata...Pranggg!!! bersepai handphone aku kat lantai. Aku cuba try nak switch 'ON' tapi takda tanda2 yang menunjukkan dia bernyawa lagi. Waaaa!!! raya aku tanpa handphone....ada member2 try call dan SMS nk ucap raya kat aku that day....tapi tak dapat...Semua ingat aku sombong padahal???? (hanya tuhan yang tahu).

Nokia 3310



Balik jerk dari Kampung aku trus g Pertama Complex nak cari pengganti handphone aku yang dah jahanam tu. Jenuh satu complex tu aku survey, last2 aku terpandang satu kedai kat tingkat 3 yang agak ceruk sket lokasi kedai dia nih, actually aku tertarik dengan amoi yang jaga kat situ, tu yang buat aku nak singgah gi kedai dia tu. Banyak gak model phone yang menarik minat aku. Dekat 15 minit jugak la aku dok godek2 phone yang ada tapi hanya satu jerk yang dapat menawan hati aku masa tu....Nokia 8250 - Butterfly (Nov 2002) warna silver. Tak fikir lama aku trus sambar phone nih. Cerialah kembali hidupku dengan handphone baru.

Nokia 8250 a.k.a Butterfly


Tahun 2004, kebanyakan handphone da evolved ke satu tahap yang baru...Screen color handphone yang Kebanyakannya dari jenama Nokia. Company2 lain blum lagi berani nak keluarkan kut masa tu. Mulalah rasa gatal je tangan aku nak tukar handphone (tergoda!!!). Tapi aku still lagi maintain pakai Butterfly untuk seketika sebab aku bercadang nak tukar line ke Maxis Hotlink. Aku purchase Maxis Hotlink starter pack dengan harga RM238 (caya tak?) sebulan lepas tuh aku purchase pulak untuk girlfriend (skang nih da jadi bini) aku dengan harga RM188 (Cehh!!! angin aku satu badan). Line TM Touch aku jual kat member aku sebab sayang nak buang no. cantik (3 angka last sama dengan no. pendaftaran keta wira aku).

Pertengahan tahun 2004, aku telah pun berjaya memiliki screen color handphone yang pertama dalam hidup aku, Nokia 6610 warna putih. Banyak function yang baru ada kat phone ni yang tak ada dalam handphone2 aku yang lepas. Boleh install game (java games), polyphonic ringtones dan yang paling best aku boleh browse internet pakai Maxis WAP /GPRS. Perghh!!! teknologi dihujung tu...Dasat....

Nokia 6610


2006 aku purchase Nokia 3660 (besar macam remote control) warna biru...Sebab aku beli phone nih ada built-in camera, truetone and support MMC memory card. Tak sampai sebulan pun aku pakai phone nih sebab besar sangat. Aku bagi kat girlfriend aku. Suka giler dia dengan remote control nih.


Nokia 3660 a.k.a Remote Control

2007, Nokia telah mengeluarkan new design phone yang agak menarik pada pandangan mata aku. Nokia 6600 (Sabun) warna hitam & silver. Phone yang ke-7 yang aku purchase. Function lebih kurang sama macam nokia 3660. Tapi phone nih tak lama bersama dengan aku sebab bunyi dia tak memuaskan hati aku...slow sangat.

Nokia 6600 a.k.a Sabun


Tak sampai pun 6 bulan aku beralih arah ke Nokia 3G phone yang pertama aku iaitu Nokia 6630 (awal 2006) warna biru tua. Aku suka gila dengan phone ni sebab size dia yang kecik tapi ber 'screen' besar. Aku kurang pasti bila aku tukar sim card aku dari normal ke 3G sim card kononnya nak fully utilize Nokia 6630 punya function la katakan. Phone ni aku memang minat gila. Tapi nyawa handphone nih tak panjang, dia hanya dapat berkhidmat dengan aku untuk beberapa bulan jerk.....

Nokia 6630


Nak dijadikan cerita, aku ditimpa kemalangan pada malam Jumaat. Lagi 3 hari jerk nak masuk bulan Ramadhan masa tuh. Motor yang baru aku beli (YAMAHA 125Z R) tu tak sampai dua bulan hancur teruk termasuklah Nokia 6630 aku...Waaaa!!! hebat tul citer aku nih. Dekat sebulan gak la aku terlantar kat umah.

Lepas jerk aku sembuh dari accident (da boleh jalan), aku mintak tolong member bawak pegi ronda2 kat Sungei Wang (nak cari replacement untuk phone aku yang dah hancur tu). Aku da lama berkenan kat satu phone nih...siap survey kat internet lagi tu (*sebab tak boleh nak jalan2 sebenarnya...kaki sakit dah tu motor plak kat workshop lagi).



Sungei Wang - Syurga bagi pemilik handphone

Dekat sejam jugak la aku pusing2 dalam Sg. Wang tu. At last aku purchase handphone aku kat Takacom Celular. Kali nih aku choose Nokia N70. Function almost the same dengan yang hancus tu plus additional function ada video call. Rugi la kalau ada 3G function tapi tak fully utilize..btul tak? Pastu girlfriend aku sound balik kat aku...ape barang kalau sorang jerk yang ada handphone video call? nak call sape pun? hehehehe....aku pun beli la satu lagi phone yang sama untuk dia pakai (trade-in Nokia 3660 + duit aku).

Nokia N70


At the same day aku trus g kedai Maxis kat Low Yat Plaza nak convert prepaid line aku ke postpaid. Sebab lagi murah kalau nak call, sms dan yang paling penting boleh sembang video call dengan girlfriend aku free. Kami berdua subscribe Maxis Family Plan RM50, walaupun aku dengan dia masa tuh belum pun kahwin lagi...(pedulik ape aku, tak semestinya kalau 'Family plan' tu hanya untuk family jerk. Sape2 pun boleh la...Yang penting monthly commitment boleh bayar sudah).

Pertengahan 2008, aku tergoda dengan Nokia N95 plak. Sebab aku beli, phone nih nya kamera 5.0MP dengan sound yang mengancam (Slide phone). Almost 2 years jugak la yang aku pakai. Function and stability phone ni tak pernah mengecewakan aku.

Nokia N95


In the middle of 2009, one of my friend ajak pegi PC Fair kat KLCC. Mula2 tu memang nak cuci mata jerk. Tapi oleh sebab hasutan member sepejabat, aku simply trade-in Nokia N95 aku untuk HTC touch pro. Member aku racun yang kononnya phone nih best giler. Oleh sebab terpengaruh. Aku trus beli tanpa fikir panjang.



HTC Touch Pro a.k.a Rubish


Bila balik jerk rumah aku rasa tak sedap hati dengan handphone nih. Aku browse kat internet cari forum pasal HTC nih...Resultnya amatlah mengecewakan aku. Terlalu banyak disadvantage dan problem rupanya. Tapi apakan daya...Nasi da jadi bubur, aku dah pun beli phone ni tanpa usul periksa...

Sampai sekarang, aku masih lagi pakai HTC nih sebab kalau nak jual balik pun takda value langsung...Menyesal gila aku beli phone nih. So morale of the story, korang survey dulu before you purchase anything...jangan main langgar jerk macam aku nih...tak kira la ape pun yang korang nak beli...check and survey first...Menyesal Dulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Guna...Padan Muka Aku!!!

Next handphone yang aku aim lepas nih IPhone 6s or other Android Phone yang tengah melambak kat market skang nih...huhuhuhuhu
Sekian....

No comments:

Post a Comment