Me, Myself and I

Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Please visit my facebook by typing my name hafizharudin or my email hafizharudin@yahoo.com I'm also a freelance photographer...you can contact me via email / facebook for further info

Thursday, June 10, 2010

Kenangan Mengaji kat umah Ustazah Ramlah

Assalamualaikum wbt...

Kadang-Kadang bila dok melepak sorang2 aku mesti teringat zaman sekolah masa kecik2 dulu. Untuk pengetahuan korang aku tinggal kat Cheras batu 6 1/2 tapi sekolah kat Cheras Batu 9 sebab masa tu kat area rumah aku memang tak ada sekolah langsung. So pagi2 apak akan hantar kami tiga beradik (kakak dan abang aku skali) ke sekolah naik keta dia.

Tak silap aku masa tahun / darjah 1 aku sekolah kebangsaan sesi petang dan sebelah pagi aku kena ke sekolah agama. So tengah hari kami akan lepak kat umah Ustazah Ramlah (Ustazah kat Sekolah Rendah Agama) untuk salin baju, makan tengah hari dan belajar mengaji Al-Quran. Mula tu kami bertiga je, pas 3,4 bulan...ramai budak2 yang datang mengaji kat umah Ustazah. 




Time nak mengaji merupakan nightmare bagi aku. Maklumlah, malas la katakan. Selalunya aku amik turn yang last sekali atau tengah2 sbb bagi yang otai2 dulu mengaji so sempat la aku nak semak dan ulangkaji balik Muqaddam sebelum sampai turn aku. PHIAPPPP!!!! aku dengar libasan rotan ustazah. Sorang mangsa da mengena rotan runcing dia....hehehehehe, seram tengkok aku. Akhirnya giliran aku pun tiba, peluh dingin da mula keluar (macam nak pegi perang jerk). Tanpa buang masa aku trus keluarkan lidi penunjuk dan memulakankan bacaan...Bismillahhirahmanirrahim...PHIAAPPPP!!! rotan ustazah hinggap kat jari aku. aku terdiam (dalam hati rasa sakit yang amat) rupa2nya dia marah kat aku sebab tunjuk guna tangan kidal. Cepat2 aku alihkan penunjuk lidi guna tangan kanan...Dia pesan kat aku kalau mengaji gunakan tangan kanan seelok-eloknya, sebab tangan kiri tu kita gunakan untuk munyucikan diri dari hadas kecil atau besar. Sampai sekarang aku masih teringat libasan ustazah tu dan aku tak lagi mengaji tunjuk guna tangan kidal aku.




Lepas jerk mengaji, Ustazah akan tanya kami nak makan lauk apa tengah hari. Macam2 menu kami mintak dia masak tapi dia tak pernah kisah dengan apa yang kami nak. Selalunya dia akan beli barang untuk dimasak kat kedai runcit depan jalan besar (kami panggil kedai syarikat tapi skang nih aku tengok diorang da tukar nama jadi Kedai Semarak dan kedai masih lagi beroperasi). 

Selepas je aku masuk sekolah menengah aku dengar ustazah da beli umah lain (agak jauh dari pekan batu 9). Tapak umah tu sekarang pun dah bertukar jadi workshop. Hanya bunyi enjin kereta dan keje2 membaik pulih kedengaran...Tiada lagi kedengaran bunyi budak2 yang mengaji kat situ...Kini yang tinggal hanyalah kenangan :)

No comments:

Post a Comment