Macam biasa, hari sabtu minggu ke-2 aku kena hantar wife aku pergi kerja. Aku bangun awal siap2 pastu trus panaskan enjin kereta sementara tunggu wife aku bersiap. 8.15pm je kiteorang pun start kluar umah. Dalam perjalanan ke office wife aku, kereta aku rasa semacam jerk masa drive tuh, alignment lari kut. Aku just ignore dulu. Dah selesai hantar wife , aku trus drive balik umah. Rupa2nya sport rim aku dah bengkok da....Hangin satu badan. So petang tu aku decide nak pegi rawang nak cari Sport Rim 2nd hand. Actually, last year aku da penah pegi dengan bapak aku tukar tayar kereta dia.
Tak tau la sape punya angkara sampai bengkak macam nih? Ape la nasib...
Lepas je amik wife aku balik keje, aku trus gerak masuk highway dari Jalan Duta dan amik exit Rawang.
Keluar je exit Rawang belok kanan (Sila patuhi lampu isyarat sebelum belok!)
Sampai jerk area kedai2 tayar kat Rawang tuh, wife aku ajak makan dulu takut lama sangat nak kene tunggu workshop tu tukar tayar. Pusing punya pusing, jumpa kedai Rasa Ayamas. Kami pun makan la kat situ dulu.
Selesai makan, aku pun memulakan operasi mencari sport rim aku. Nak dekat 4, 5 kedai jugak la aku ronda....nasib baik kedai yang last skali aku pegi ada jual sport rim yang aku nak tuh. Nego dengan mekanik 3, 4 minit pastu aku pun trus sambar sport rim dengan tayar skali.
Lega rasanya hati bile dapat sport rim yang aku nak tu....Tapi gaji bulan nih nak kena renew road tax la...bayar saman la...waaaaa!!!!
No comments:
Post a Comment