Majlis Persandingan di Bagan Dato, Perak
Alhamdulillah, pada 3 Jun 2010 - hari Khamis, kakak aku (Sapenah Bt. Harudin) telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya Saudara Noor Hidayat yang berasal dari Bagan Dato, Perak.
Majlis akad nikah telah diadakan pada sebelah malam selepas solat Isya' bertempat di rumah bonda (Anon Bt. Wan Chik) Cheras, Kuala Lumpur. Malam tu Apak menjemput 'orang surau', sanak saudara, member2 dia dan tak ketinggalan member2 aku yang dok berdekatan bagi memeriahkan lagi majlis malam tu.
Menu untuk malam tu telah di sediakan oleh kawan mak aku dari Bukit Cheras, ada ayam goreng ngan kerabu perut, makcik2 aku plak menyediakan lauk tambahan e.g. udang masak tempoyak dan asam pedas mak long...terangkat beb!!! Ada sorang member apak aku ni plak sponsor Yong Tau Foo...hehehehe, Alhamdulillah murah rezeki dia.
Selepas je selesai majlis akad nikah, bermulalah sesi bergambar....Kami yang kat luar ni apa lagi, jamu selera le. Al-maklumlah, dari maghrib tadi lepak kat surau tak makan ape pun. Ramai jugak yang datang rupanya malam tu...tak menang tangan aku dibuatnya. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nasib baik ada member2 yang turut membantu aku menguruskan makanan..."Budy!!! Air oren kat umah mak aku da abih, tolong bancuh."
Malam tu jugak kami menerima berita gembira yang mengatakan kesemua aktivis dalam tahanan Israel akan dibebaskan dan dihantar ke negara masing2 termasuklah abang iparku - En. Halim B Mohamed Redzuan(Muslim Care). Isteriku lega selepas mendengar berita tersebut. Kami mendapat tahu yang aktivis Malaysia akan tiba di KLIA pada 5.30pagi.
Setakat ini sahaja aku nak kongsi...gambar2 majlis akad nikah akan aku upload bile dah siap nnt.
Bini ku jadi pengapit :)
NEXT TRIP----> Bagan Dato, HERE WE COME!!!
No comments:
Post a Comment