Me, Myself and I

Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Please visit my facebook by typing my name hafizharudin or my email hafizharudin@yahoo.com I'm also a freelance photographer...you can contact me via email / facebook for further info

Friday, June 25, 2010

Koleksi Mobile Phone & Sim Card

Salam semua,

Ingat lagi tak Sim Card / Sim pack / Starter pack (tak kisah la ape pun panggilannye) yang mula2 skali untuk telefon bimbit korang? Ingat lagi tak berapa harga untuk Prepaid 'starter pack' yang korang pernah beli? Hehehehe...Mesti angin jerk bile compare balik harga skarang (2016) dengan harga masa dulu2kan?


Tapi sebelum aku mula2 berjinak dengan handphone nih, telefon rumah (Fixed Phone) dengan Public phone la yang jadi pujaan aku. Maklumlah masa tu handphone hanyalah golongan2 elit dan kaya je yang mampu pakai.


Image result for telefon dulu
Sempat gak la merasa model ni

Duit syiling memang aku spare banyak2 untuk aku guna kat public phone. Sampai berat la kocek aku isi duit. Tak lama lepas tu Telekom dan Uniphone upgrade phone diorang yang boleh guna KadFon, So senang la sikit. Tak payah aku nak bawak duit syiling banyak2 lagi. KadFon ni ada macam2 design yang menarik seperti gambar2 burung, koleksi kartun Lat, pemandangan etc. Nilai untuk KadFon ni plak bermula dengan harga serendah RM5 hingga RM100.



Public Phone sangat popular dikalangan student hostel satu masa dulu. Duit syiling dan kadfon memang tak dapat dipisahkan dengan student hostel. Dah macam nyawa pun ada. Tu la satu2nya alat perhubungan untuk berhubung dengan dunia luar kalau nak telefon family dan sedara mara. Bagi yang hangat bercinta plak, diorang siap bawak kerusi kat pondok telefon bila nak bergayut.



Duit syiling ketuk, jarum no. 5, modified Kadfon cukup glamour untuk digunakan kat Public Phone. Kalau bab2 nak cakap lama guna Public Phone, bagi jerk kat diorang ni modified. Creativity sangat penting bagi student hostel kalau nak survive. Aku memula tau benda nih pun masa member aku ajak teman dia telefon awek. Aku rasa pelik sebab dia masuk 10sen jerk tapi boleh cakap berjam2. Aku tanya camne dia buat, so dari situ lah mulanya aku tau macam2 skill diorang untuk curi line.




Image result for telefon dulu
Analog dialing - Fixed Phone


Lepas jerk aku tamat Sekolah (SPM), aku dah lepak kat KL (umah mak aku). Telefon umah la jadi mangsa ke-2 aku untuk telefon kawan2. Hujung bulan, bil telefon umah cecah ratusan ringgit. Apa lagi...Kene Ceramah free la dengan mak sebab bergayut berjam2. Lepas je kes tu. Aku tekad nak beli handphone sendiri, tak mau lagi pakai phone rumah. Kesian kat mak aku kena bayar bil aku (padahal duit top up still lagi mintak mak...kekekeke)

Aku ingat lagi masa mula aku berjinak2 nak pakai handphone. Handphone pertama yang aku beli ialah model Motorola berserta prepaid line TM TOUCH - 013 dengan harga RM178 (Dec 2000). Tak silap aku ada kredit RM70 kat dalam. Rasa dah macam hebat gila masa tu dapat pakai handphone. Maklumlah batak tak penah ada handphone. Kemane jerk aku pegi, handphone aku bawak sekali. Takut2 ada member yang nak call nanti senang nak jawab (macam businessman plak....poyo tahap gaban la klu ada handphone nih..muahahahaha).

Image result for tmtouch
TMTouch - 013

Image result for motorola model 2003
Motorola Mobile Phone


Tak lama lepas tu Adam@TimeCel - 017 (Feb 2001) launch Sim Card baru. Diorang offer free sms to all network. Aku trus beli lepas nampak kat Iklan TV. Bertambah galak la aku ber 'sms'....hehehehe. At the same time aku trade-in Motorala aku dengan Erricsson T10 kaler biru (Flip Phone). Baru la nampak ranggi. Ada la dalam setahun aku pakai.

Image result for motorola t10

Erricsson T10

3rd handphone aku, Nokia 3310 (Jan 2002)Warna- Blue black (tapi slalu tukar warna casing...sbb murah). Banyak jasa phone ni kat aku. Call dan sms da memang core function, tapi yang paling penting ada game ular (snake) dan jam loceng untuk kejut aku setiap pagi. Zaman tu PSP mana wujud lagi, so handphone aku la yang jadi mangsa member2 nak main game. Siap challenge sape dapat score paling tinggi. Last sekali dia berkhidmat dengan aku masa pagi hari raya tahun 2002. Aku letak dalam songkok kat depan cermin tetiba abang aku datang nak try pakai. Dia tak tau yang ada handphone kat songkok tu. Tangan dia laju jer nak sarungkan songkok tu kat kepala dia...aku dengan syahdunya tengok handphone tu terbang depan mata...Pranggg!!! bersepai handphone aku kat lantai. Aku cuba try nak switch 'ON' tapi takda tanda2 yang menunjukkan dia bernyawa lagi. Waaaa!!! raya aku tanpa handphone....ada member2 try call dan SMS nk ucap raya kat aku that day....tapi tak dapat...Semua ingat aku sombong padahal???? (hanya tuhan yang tahu).

Nokia 3310



Balik jerk dari Kampung aku trus g Pertama Complex nak cari pengganti handphone aku yang dah jahanam tu. Jenuh satu complex tu aku survey, last2 aku terpandang satu kedai kat tingkat 3 yang agak ceruk sket lokasi kedai dia nih, actually aku tertarik dengan amoi yang jaga kat situ, tu yang buat aku nak singgah gi kedai dia tu. Banyak gak model phone yang menarik minat aku. Dekat 15 minit jugak la aku dok godek2 phone yang ada tapi hanya satu jerk yang dapat menawan hati aku masa tu....Nokia 8250 - Butterfly (Nov 2002) warna silver. Tak fikir lama aku trus sambar phone nih. Cerialah kembali hidupku dengan handphone baru.

Nokia 8250 a.k.a Butterfly


Tahun 2004, kebanyakan handphone da evolved ke satu tahap yang baru...Screen color handphone yang Kebanyakannya dari jenama Nokia. Company2 lain blum lagi berani nak keluarkan kut masa tu. Mulalah rasa gatal je tangan aku nak tukar handphone (tergoda!!!). Tapi aku still lagi maintain pakai Butterfly untuk seketika sebab aku bercadang nak tukar line ke Maxis Hotlink. Aku purchase Maxis Hotlink starter pack dengan harga RM238 (caya tak?) sebulan lepas tuh aku purchase pulak untuk girlfriend (skang nih da jadi bini) aku dengan harga RM188 (Cehh!!! angin aku satu badan). Line TM Touch aku jual kat member aku sebab sayang nak buang no. cantik (3 angka last sama dengan no. pendaftaran keta wira aku).

Pertengahan tahun 2004, aku telah pun berjaya memiliki screen color handphone yang pertama dalam hidup aku, Nokia 6610 warna putih. Banyak function yang baru ada kat phone ni yang tak ada dalam handphone2 aku yang lepas. Boleh install game (java games), polyphonic ringtones dan yang paling best aku boleh browse internet pakai Maxis WAP /GPRS. Perghh!!! teknologi dihujung tu...Dasat....

Nokia 6610


2006 aku purchase Nokia 3660 (besar macam remote control) warna biru...Sebab aku beli phone nih ada built-in camera, truetone and support MMC memory card. Tak sampai sebulan pun aku pakai phone nih sebab besar sangat. Aku bagi kat girlfriend aku. Suka giler dia dengan remote control nih.


Nokia 3660 a.k.a Remote Control

2007, Nokia telah mengeluarkan new design phone yang agak menarik pada pandangan mata aku. Nokia 6600 (Sabun) warna hitam & silver. Phone yang ke-7 yang aku purchase. Function lebih kurang sama macam nokia 3660. Tapi phone nih tak lama bersama dengan aku sebab bunyi dia tak memuaskan hati aku...slow sangat.

Nokia 6600 a.k.a Sabun


Tak sampai pun 6 bulan aku beralih arah ke Nokia 3G phone yang pertama aku iaitu Nokia 6630 (awal 2006) warna biru tua. Aku suka gila dengan phone ni sebab size dia yang kecik tapi ber 'screen' besar. Aku kurang pasti bila aku tukar sim card aku dari normal ke 3G sim card kononnya nak fully utilize Nokia 6630 punya function la katakan. Phone ni aku memang minat gila. Tapi nyawa handphone nih tak panjang, dia hanya dapat berkhidmat dengan aku untuk beberapa bulan jerk.....

Nokia 6630


Nak dijadikan cerita, aku ditimpa kemalangan pada malam Jumaat. Lagi 3 hari jerk nak masuk bulan Ramadhan masa tuh. Motor yang baru aku beli (YAMAHA 125Z R) tu tak sampai dua bulan hancur teruk termasuklah Nokia 6630 aku...Waaaa!!! hebat tul citer aku nih. Dekat sebulan gak la aku terlantar kat umah.

Lepas jerk aku sembuh dari accident (da boleh jalan), aku mintak tolong member bawak pegi ronda2 kat Sungei Wang (nak cari replacement untuk phone aku yang dah hancur tu). Aku da lama berkenan kat satu phone nih...siap survey kat internet lagi tu (*sebab tak boleh nak jalan2 sebenarnya...kaki sakit dah tu motor plak kat workshop lagi).



Sungei Wang - Syurga bagi pemilik handphone

Dekat sejam jugak la aku pusing2 dalam Sg. Wang tu. At last aku purchase handphone aku kat Takacom Celular. Kali nih aku choose Nokia N70. Function almost the same dengan yang hancus tu plus additional function ada video call. Rugi la kalau ada 3G function tapi tak fully utilize..btul tak? Pastu girlfriend aku sound balik kat aku...ape barang kalau sorang jerk yang ada handphone video call? nak call sape pun? hehehehe....aku pun beli la satu lagi phone yang sama untuk dia pakai (trade-in Nokia 3660 + duit aku).

Nokia N70


At the same day aku trus g kedai Maxis kat Low Yat Plaza nak convert prepaid line aku ke postpaid. Sebab lagi murah kalau nak call, sms dan yang paling penting boleh sembang video call dengan girlfriend aku free. Kami berdua subscribe Maxis Family Plan RM50, walaupun aku dengan dia masa tuh belum pun kahwin lagi...(pedulik ape aku, tak semestinya kalau 'Family plan' tu hanya untuk family jerk. Sape2 pun boleh la...Yang penting monthly commitment boleh bayar sudah).

Pertengahan 2008, aku tergoda dengan Nokia N95 plak. Sebab aku beli, phone nih nya kamera 5.0MP dengan sound yang mengancam (Slide phone). Almost 2 years jugak la yang aku pakai. Function and stability phone ni tak pernah mengecewakan aku.

Nokia N95


In the middle of 2009, one of my friend ajak pegi PC Fair kat KLCC. Mula2 tu memang nak cuci mata jerk. Tapi oleh sebab hasutan member sepejabat, aku simply trade-in Nokia N95 aku untuk HTC touch pro. Member aku racun yang kononnya phone nih best giler. Oleh sebab terpengaruh. Aku trus beli tanpa fikir panjang.



HTC Touch Pro a.k.a Rubish


Bila balik jerk rumah aku rasa tak sedap hati dengan handphone nih. Aku browse kat internet cari forum pasal HTC nih...Resultnya amatlah mengecewakan aku. Terlalu banyak disadvantage dan problem rupanya. Tapi apakan daya...Nasi da jadi bubur, aku dah pun beli phone ni tanpa usul periksa...

Sampai sekarang, aku masih lagi pakai HTC nih sebab kalau nak jual balik pun takda value langsung...Menyesal gila aku beli phone nih. So morale of the story, korang survey dulu before you purchase anything...jangan main langgar jerk macam aku nih...tak kira la ape pun yang korang nak beli...check and survey first...Menyesal Dulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Guna...Padan Muka Aku!!!

Next handphone yang aku aim lepas nih IPhone 6s or other Android Phone yang tengah melambak kat market skang nih...huhuhuhuhu
Sekian....

Monday, June 21, 2010

Father's Day Celebration for Apak



Assalamualaikum wbt...

On 20th June 2010 (Sunday), we celebrate a Father's Day for Apak (Harudin B. Lope) at his house...I dunno what to buy. So that afternoon I just went out with my wife to search something special for him but end up with nothing. My watch shows that its already 7.48pm, so I decided to sembahyang 1st then searching again.

After prayers, I made up my mind to buy a nice cake for him la...So I just straight forward to Secret Recipe and order a "Pecan and Butter Scotch" Cake which he really love it. The cake cost me RM84.00 inclusive of 5% gov. tax (didn't really kisah about the price but the taste really make me feel so gooods!!!)

I call mak to make sure that she and apak are at home, if not there's no meaning for us to celebrate a Father's Day without both of them. We arrive Cheras around 8.30pm and straight forward greet apak 'Happy Father's Day', he smiles and say thank you.

That nite, he was preparing a dinner for us which he cooked himself (memang dia suka memasak) no doubt, the taste is really good. We start makan2 with bacaan doa. He requested Omar to baca  doa before he cut the cake. We enjoy the dinner and share a lot of story during dinner. He look so happy that nite.

We finish the celebration around 11pm.

-Apak-

Without you...I am nothing
Without you...I am nowhere
Without you...I am useless
Without you....everything is impossible

But

With you...I can stand up with my on foot
With you...I can carried responsibility
With you...I can pursue my goals
with you...everthing is possible

Thank you so much Apak....and Happy father's Day to you from all of us :

Anon Wan Chik (Mak)
Amir dan Siti Hajar (Abg Sulong)
Sapenah dan Hidayat (Kakak)
Hafiz dan Siti Hanizah (myself)
Shamsul dan Omar (adik)
Sarah, Zaara, Faresya, Hannah, Hannis, Qyra dan arwah Azalea (Cucu)



Thats all for today...Chow sin :)

Friday, June 18, 2010

Betty Batista Tagme - bettybatista@bigmir.net---> konon anak general Batista Tagme

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik da masuk ari Jumaat (18 Jun 2010). Kejap sangat minggu ni rasanya. Inai tangan kakak aku pun masih lagi merah. Telor rebus dari pihak laki2 tu pun aku x sentuh lagi. Tersimpan jerk kat dalam peti ais tu.

Baru jerk malam tadi kakak dengan mak aku datang singgah ke rumah aku...diorang tengah sibuk punggah barang2 naik lori abang Dayat nak di hantar ke rumah kakak. Aku sembang la dengan mak sementara diorang tengah sibuk tu. Mak seronok bercerita pasal Air Asia nyer offer percutian, katanya nak pegi Australia tak sampai RM1K...wow!!! murah giler, tapi aku banyak nak pakai duit 2, 3 bulan nih...nak renew road tax dan insurance motor ngan kereta aku, mau makan RM700 - RM800 jugak nih...fuhh!!! berpeluh gak nih.

Ok, back to business. Issue kali nih aku nak share pasal "BETTY  BATISTA TAGME" kononnya anak kepada General Batista Tagme Na Waie dari the Republic of Guinea Bissau. Banyak sangat aku receive spam mail dari kalangan awang hitam (orang afrika) yang kononnya diorang nih ada banyak duit tapi tak boleh withdraw atas sebab musabab yang tak dapat nak dielakkan. So dia akan send email tu randomly ke serata dunia untuk mencuba nasib.

Member bapak aku telah menjadi mangsa awang hitam ni 2 tahun lepas. Masa tu dia buta2 percaya yang awang hitam ni nak cari long-term relationship and investment partner wat business. So awang hitam ni nak mintak tolong kat member bapak aku sebab dia takda authority (Dia sebagai anak pun takda authority ini kan pulak kita yang ntah dari mana asal usul...lagi la bank tak caya...nampak sangat kantoi email dia nih). Tak tau la macamane awang hitam nih boleh convience member bapak aku nih untuk tolong dia..tup! tup! dia plak yang kena depositkan duit kat akaun awang hitam nih RM150K (kalau tak silap aku la) untuk bank service charge. Tak ke giler? suppose awang hitam tu la yang kena prepare for the money...orang lain plak kene sponsor dia.

lepas jerk 2, 3 hari tu, member bapak aku menyesal tak sudah sebab kena tipu. Awang hitam tu da tak dapat dikesan. Hilang ntah kemana. Aku kesian gak kat dia, yela benda dah nak jadi...Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Tapi kita kena ingat, doa orang yang teraniya ni selalunya makbul, Tuhan (ALLAH SWT) bagi cash kat dunia belum campur kat akhirat lagi tuh...Perghh!!!










That all for today, Salam :)

Monday, June 14, 2010

Kereta apak yang aku penah naik (Since 1983 - Present)

Assalamualaikum wbt to all bloggers,

Today I would like to share my father's car that he owned before and the car that he drive now :)


Pada 29 Jun 1983, merupakan tarikh bertuah bagi aku. Mak ngan apak lah orang paling bahagia kut sebab dapat melahirkan seorang anak lelaki bernama Hafiz (aku la tuh). Skang nih aku dah pun masuk tahun 2016, umur aku dah mencecah 33 tahun. Syukur Alhamdulillah aku masih lagi dipanjangkan umur untuk berkongsi sedikit sebanyak cerita dan pengalaman aku dengan korang.


Kali ni aku nak share dengan korang pasal kereta. Bukan pasal cara2 nak repair kereta tapi kereta yg pernah apak @ Harudin Lope pakai.
Image result for 90s cars

Kereta yang mula sekali aku merasa naik ialah kereta Ford Laser tahun 1983 (lebih kurang macam dalam gambar kat bawah tapi yang sedan). Kereta nih bapak aku beli warna biru muda, tranmisi manual dan berenjinkan 1500cc. Boleh tahan laju jugak la masa zaman tu. Banyak gak jasa kete nih kat aku. Aku mula belajar drive kete pun pakai ford nih. Ada la 2 atau 3 kali aku terlanggar divider la, sagat ngan kete orang la dan macam2 lagi. Kenangan yang aku tak boleh nak lupa, ialah masa First experience aku bawak kete jauh2 lepas abih SPM, try long-distance from KL - Tapah - Lata Kinjang.


Image result for ford laser 1980


Second car is Proton Iswara. brown color, manual transmission with 1500cc engine. Tak banyak sangat kenangan dengan keta nih sebab masa tu aku dah dok ngan makcik aku kat Sungai Ramal Dalam, Bangi. Weekend je apak akan datang jemput aku balik Cheras naik kete ni. Tak lama pastu die dapat kete lain :)

Image result for proton iswara coklat


Third Car is Honda Accord year 1993. Ocean Blue , manual transmission with 2000cc engine. Superb car. Aku penah tengok apak aku drive kete nih cecah 160 km/h tanpa rasa gegar dan goyang....smooth je rasa (Accord skang tak tau la brp plak boleh pegi). Masa tu arwah Tok Wan sakit tenat. Tak silap aku tahun 1995 aku darjah 6. Dia pick up aku kat sekolah then trus balik kedah. aku dok dalam kete pun x sempat nak rasa ngantuk, tau2 da sampai kat depan umah arwah tok wan.

1993 Honda Accord EX

Tahun 1998 (Komonwel 98 kat Malaysia), apak anta kete ni for re-paint (transform to red color). Tak sampai setahun pastu kete nih kene serah balik kat company sebab diorg nak dispose. Apak  try bid nak beli kete nih dengan company tapi da ada orang offer higher, so kena la let go.




4th car is Proton Wira Thomas Cup Edition, year 2000. Ocean blue, auto transmission with 1600cc engine. First auto transmission car yang dia penah pakai. Masa tu company ada link dengan Proton so dia paksa suma staff to buy Proton car, termasuklah apak. After a few months apak dapat offer from company dia to purchase a new car but still a national car, other than that is not allowed. So he just bought it. Dia wariskan kete nih kat abang aku untuk kemudahan dia nak balik KL (Masa tu dia belajar kat UUM - Sintok,  Kedah) After my brother get married, dia purchase a new car then kete wira tersebut telah pun diwariskan kat aku :P


Image result for proton perdana v6


5th car is Proton Perdana V6 (Proton lagi!!!), year 2000. Gold - Sliver color, auto transmission with 2000cc engine. Almost 10 years kete nih berjasa dengan Harudin's family. Re-paint pun dah 2 kali rasanya. Keluar masuk workshop jangan cerita la. Tapi apak still setia dengan kete ni. Puas kami adik beradik (termasuklah mak) suh dia tukar keta lain tapi dia tak mau. Dia cakap tak mau membazir duit. Hehehehehe...ntahla!!! Sayang kut :P


Image result for Mercedes Benz W123



Addtional car - Mercedes Benz W123 year 1985, White color convert to black metallic, manual transmission with 2000cc engine. Aku tak ingat tahun bila dia beli tapi rasa2nya masa aku baru abih SPM (tahun 2000). Katanya beli untuk pakai g surau or pasar. Ada ke kete besar macam nih guna g pasar ngan surau???? besar giler...hehehehe, actually kete nih impian dia masa muda. Dia cakap ngan aku yang dia tak mampu nak beli time tu (tahun 1988). Nak dijadikan cerita dia ada ternampak advertisement pasal kete nih kat The Star. So timbullah idea dia nak beli kete nih wat suka2. Setelah puas dia nego, follow up dan seangkatan dengannya, dia pun bersetuju nak beli dengan harga RM30k (lebih kurang la). Tercapailah akhirnya cita2 dia nak pakai Mercs :P



2015, apak beli sebijik lagi Honda Accord model 1998 untuk suka2 katanya...hehehehehe

Image result for honda accord 98