Mak ngan apak pun sempat datang jenguk jap sebelum kami sempat bertolak. 5.35am - Aku da tercongok depan pintu emergency Al-Islam Hospital for registration. Lepas je settle sume, diorg suh kami ke tingkat 1 utk masuk bilik dan tukar pakaian. Pagi tu nurse suh kami standby dulu tunggu doktor.
So aku ajak mak mertuaku pegi breakfast dulu dlm kul 9am tuh Dr. pun sampai untuk buat checked up, dia cakap baru bukak dlm 1cm.
1.15pm - Dr. buat second checked up, tapi baru 2cm dan diorg decide kalau still lg tak buka lebih dari 4cm, terpaksa caesarean jugak takut baby lemas katanya.
4.20pm - Diorg suh kami sign surat pengesahan utk caeserean. My wife dan mak mertuaku sedih tak terkata. Kami hanya mampu berdoa mana yang terbaik.
Doktor/Nurse terus bawa masuk ke dalam labour room untuk buat caesarean. Masuk je waktu Asar, kedengaran azan dilaungkan bersebelahan Hospital dan disambut suara tangisan seorang bayi. Alhamdulillah....
Selepas 20 minit, bayi yang dilahirkan diserah untuk di azan dan qhamatkan di kiri dan kanan telinganya. Selesai je aku serah semula pada nurse yang bertugas. Aku kemudian bergegas ke bilik menanti isteriku yg belum keluar dari labour room. Selang setengah jam, kelihatan doktor keluar diiringi bini aku atas katil dengan muka yg keletihan. Alhamdulillah, isterku telah selamat menjalani pembedahan.
Aku bisik kat telinga bini cakap, 'comel gebu anak kite...kekekekeke' We are now officially a 'Parents' upgrade version dari married young couple.
So bermulalah episod kami berkeluarga. Dari berdua kini dah bertiga, Alhamdulillah. Puteri sulong kami ni di beri nama Hannah Binti Hafiz yang bermaksud KASIH SAYANG. InsyAllah nama nih sesuai kat Hannah sebab sebagai anak pertama harapan sebagai pemimpin dan contoh untuk adik2 dia nanti.
Hannah - Kasih Sayang (1 week)