Me, Myself and I

Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Please visit my facebook by typing my name hafizharudin or my email hafizharudin@yahoo.com I'm also a freelance photographer...you can contact me via email / facebook for further info

Thursday, June 2, 2016

Hannah - Kasih Sayang

5.15am -13 February 2012, isteriku tiba2 kejutkan aku..."Pa, rasenye air ketuban mama da pecah ni". Aku bergegas bangun dari katil dan cepat2 capai beg pakaian aku. Aku terus kejutkan mak mertua aku untuk bersiap2 nak ke hospital. 

Mak ngan apak pun sempat datang jenguk jap sebelum kami sempat bertolak. 5.35am - Aku da tercongok depan pintu emergency Al-Islam Hospital for registration. Lepas je settle sume, diorg suh kami ke tingkat 1 utk masuk bilik dan tukar pakaian. Pagi tu nurse suh kami standby dulu tunggu doktor. 


So aku ajak mak mertuaku pegi breakfast dulu dlm kul 9am tuh Dr. pun sampai untuk buat checked up, dia cakap baru bukak dlm 1cm. 


1.15pm - Dr. buat second checked up, tapi baru 2cm dan diorg decide kalau still lg tak buka lebih dari 4cm, terpaksa caesarean jugak takut baby lemas katanya.


4.20pm - Diorg suh kami sign surat pengesahan utk caeserean. My wife dan mak mertuaku sedih tak terkata. Kami hanya mampu berdoa mana yang terbaik.


Doktor/Nurse terus bawa masuk ke dalam labour room untuk buat caesarean. Masuk je waktu Asar, kedengaran azan dilaungkan bersebelahan Hospital dan disambut suara tangisan seorang bayi. Alhamdulillah....


Selepas 20 minit, bayi yang dilahirkan diserah untuk di azan dan qhamatkan di kiri dan kanan telinganya. Selesai je aku serah semula pada nurse yang bertugas. Aku kemudian bergegas ke bilik menanti isteriku yg belum keluar dari labour room. Selang setengah jam, kelihatan doktor keluar diiringi bini aku atas katil dengan muka yg keletihan. Alhamdulillah, isterku telah selamat menjalani pembedahan.


Aku bisik kat telinga bini cakap, 'comel gebu anak kite...kekekekeke' We are now officially a 'Parents' upgrade version dari married young couple.


So bermulalah episod kami berkeluarga. Dari berdua kini dah bertiga, Alhamdulillah. Puteri sulong kami ni di beri nama Hannah Binti Hafiz yang bermaksud KASIH SAYANG. InsyAllah nama nih sesuai kat Hannah sebab sebagai anak pertama harapan sebagai pemimpin dan contoh untuk adik2 dia nanti.

Hannah - Kasih Sayang (1 week)

Wednesday, November 9, 2011

No. 18 kena ceroboh...

9 November 2011 (Rabu)

Hari ni dalam sejarah, rumah aku kene ceroboh...abih sume camera equipment aku kene curi...dekat RM6000 jugak la cost barang2 aku yang kena curi. 

Lepas je aku pegi keje pagi tadi, trus inform kat boss aku nk amik cuti sbb nak pegi balai buat report police...Alhamdulillah kami sekeluarga xde apa2...cuma sakit hati barang2 camera aku hilang je...Xpe lah, bukan rezeki aku kut....terpaksa la aku kumpul duit balik nak beli kamera dan gadjet2 aku yang kene curi :(

Sunday, July 10, 2011

My Persona Elegance n PPEOC Group

Assalamualaikum wbt...

Bulan nih (July 2011), genaplah 8 bulan umur Persona Eleganceku. Alhamdulillah setakat nih dia x bagi aku masalah yg besar kat  aku cuma minor and common problem macam power window, wiper, bunyi2an yang pelik dan cover hand brake je, bak kata brader2 salesman and foreman PROTON - "Biase la bang...Proton!!!!"

Kalau dah diorang sendiri (Kakitangan Proton) yang cakap macam tu, macamane nk maju??? Bagi aku kalau betul la PROTON ni nak setanding ngan jenama2 antarabangsa, mentality diorang nih kene di ubah termasuklah servis yang ditawarkan dan alat ganti yang berkualiti.

Actually blog aku kali nih bukannya nak condemn PROTON tapi just nak share gambar kete aku dan kelab Persona Elegance yang aku join :)









Saturday, June 11, 2011

Arephis | photography






Assalamualaikum wbt....

Just to share with all bloggers that I have created my own photography blog last year. Alhamdulillah setakat ni dah hampir satu semenanjung Arephis | Photography jelajah. Bermula hanya sebagai hobi je dulu, tapi sekarang ni dah jadi part time job. Bile weekend or cuti sekolah jer, aku dengan adik aku (Sham) la orang yang paling sibuk. Merata tempat kami redah asalkan ada orang yang panggil :)

Ok lah....klu ada sesape yang teringin nak tengok hasil keje Arephis | Photography, follow la link yang tertera

b) http://www.facebook.com/home.php?sk=group_165098086866165&ap=1










Terima Kasih,

Wednesday, August 25, 2010

Kedai Tayar area Bulatan Rawang (Middle Town)

Assalamualaikum wbt

Macam biasa, hari sabtu minggu ke-2 aku kena hantar wife aku pergi kerja. Aku bangun awal siap2 pastu trus panaskan enjin kereta sementara tunggu wife aku bersiap. 8.15pm je kiteorang pun start kluar umah. Dalam perjalanan ke office wife aku, kereta aku rasa semacam jerk masa drive tuh, alignment lari kut. Aku just ignore dulu. Dah selesai hantar wife , aku trus drive balik umah. Rupa2nya sport rim aku dah bengkok da....Hangin satu badan. So petang tu aku decide nak pegi rawang nak cari Sport Rim 2nd hand. Actually, last year aku da penah pegi dengan bapak aku tukar tayar kereta dia.

Tak tau la sape punya angkara sampai bengkak macam nih? Ape la nasib...


Lepas je amik wife aku balik keje, aku trus gerak masuk highway dari Jalan Duta dan amik exit Rawang.


Keluar je exit Rawang belok kanan (Sila patuhi lampu isyarat sebelum belok!)


Sampai jerk area kedai2 tayar kat Rawang tuh, wife aku ajak makan dulu takut lama sangat nak kene tunggu workshop tu tukar tayar. Pusing punya pusing, jumpa kedai Rasa Ayamas. Kami pun makan la kat situ dulu.

Selesai makan, aku pun memulakan operasi mencari sport rim aku. Nak dekat 4, 5 kedai jugak la aku ronda....nasib baik kedai yang last skali aku pegi ada jual sport rim yang aku nak tuh. Nego dengan mekanik 3, 4 minit pastu aku pun trus sambar sport rim dengan tayar skali.



















Lega rasanya hati bile dapat sport rim yang aku nak tu....Tapi gaji bulan nih nak kena renew road tax la...bayar saman la...waaaaa!!!!




Restoran Al-Rawsha@Masakan Arab Lubnan, Bulatan Kampung Pandan

Assalamualaikum wbt.


Rasanya belum terlambat untuk aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Hari nih da masuk hari yg ke-14 umat Islam menyambut Ramadhan. Tahun ni jugak merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai suami. Alhamdulillah semuanya lancar.





Okay lah, kali nih aku nak share dengan korang tempat aku berbuka puasa dengan officemate dekat area Kuala Lumpur. Restoran Al-Rawsha terletak berdekatan dengan bulatan Kampung Pandan. Kalau dari arah KLCC, sampai jerk kat roundabout tu amik turn 9 o'clock if dari Cheras , turn to 3 o'clock dan kalau dari area Bukit Bintang or Pudu just straight 12 o'clock bawah flyover.


Near Bulatan Kampung Pandan



So after office hour, I just rushing back and pick up my wife to join skali for Buka Puasa kat Al-Rawsha. 


Sampai je Al-Rawsha, aku terus cari port untuk parking kereta. Mula2 aku sampai kat situ rasa macam kat Istana Arab la pulak sebab design building dia tu unik. Aku trus pelawa wife aku masuk dalam untuk join officemate aku.


Al-Rawsha Building

Al - Rawsha Buffet Ramdhan Promotion



Nasib baik kami dah order awal2 (ala carte), kalau tak mesti kene beratur panjang giler untuk buffet. Actually aku memang plan nak amik ala carte jerk sebab makanan pak arab nih banyak, kang rugi jerk bayar lebih tapi makan sket. Buffet Ramadhan kat sini diorang charge RM50 untuk dewasa & RM20 untuk kanak-kanak.


Q at buffet place


Dinning Hall



Masa dah nak berbuka tu, makanan kami pun sampai...5 minit lepas tuh, one of the waiter kat situ melaungkan azan bagi menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Aku baca doa berbuka puasa dan trus makan buah kurma yang ada atas meja pastu baru la aku makan menu utama - Nasi Arab (Lauk Kambing)

 
Mandy - Lamb




Mandy - Chicken


Strawberry Juice


Air Mineral


Makan time :)

Selesai jek makan, aku naik ke tingkat 2 untuk menunaikan solat Maghrib. Surau yang disediakan oleh pihak restoran agak selesa, tak besar sangat dan tak kecik sangat. Just nice...Lepas tuh aku just amik a few shot of photo dari tingkat atas untuk bawak balik sebagai kenangan.


Mini Market


Prayer Room











Before balik, kami lepak2 chit chat pastu amik gambar kat depan Restoran Al-Rawsha sebagai kenang - kenangan.























Friday, June 25, 2010

Koleksi Mobile Phone & Sim Card

Salam semua,

Ingat lagi tak Sim Card / Sim pack / Starter pack (tak kisah la ape pun panggilannye) yang mula2 skali untuk telefon bimbit korang? Ingat lagi tak berapa harga untuk Prepaid 'starter pack' yang korang pernah beli? Hehehehe...Mesti angin jerk bile compare balik harga skarang (2016) dengan harga masa dulu2kan?


Tapi sebelum aku mula2 berjinak dengan handphone nih, telefon rumah (Fixed Phone) dengan Public phone la yang jadi pujaan aku. Maklumlah masa tu handphone hanyalah golongan2 elit dan kaya je yang mampu pakai.


Image result for telefon dulu
Sempat gak la merasa model ni

Duit syiling memang aku spare banyak2 untuk aku guna kat public phone. Sampai berat la kocek aku isi duit. Tak lama lepas tu Telekom dan Uniphone upgrade phone diorang yang boleh guna KadFon, So senang la sikit. Tak payah aku nak bawak duit syiling banyak2 lagi. KadFon ni ada macam2 design yang menarik seperti gambar2 burung, koleksi kartun Lat, pemandangan etc. Nilai untuk KadFon ni plak bermula dengan harga serendah RM5 hingga RM100.



Public Phone sangat popular dikalangan student hostel satu masa dulu. Duit syiling dan kadfon memang tak dapat dipisahkan dengan student hostel. Dah macam nyawa pun ada. Tu la satu2nya alat perhubungan untuk berhubung dengan dunia luar kalau nak telefon family dan sedara mara. Bagi yang hangat bercinta plak, diorang siap bawak kerusi kat pondok telefon bila nak bergayut.



Duit syiling ketuk, jarum no. 5, modified Kadfon cukup glamour untuk digunakan kat Public Phone. Kalau bab2 nak cakap lama guna Public Phone, bagi jerk kat diorang ni modified. Creativity sangat penting bagi student hostel kalau nak survive. Aku memula tau benda nih pun masa member aku ajak teman dia telefon awek. Aku rasa pelik sebab dia masuk 10sen jerk tapi boleh cakap berjam2. Aku tanya camne dia buat, so dari situ lah mulanya aku tau macam2 skill diorang untuk curi line.




Image result for telefon dulu
Analog dialing - Fixed Phone


Lepas jerk aku tamat Sekolah (SPM), aku dah lepak kat KL (umah mak aku). Telefon umah la jadi mangsa ke-2 aku untuk telefon kawan2. Hujung bulan, bil telefon umah cecah ratusan ringgit. Apa lagi...Kene Ceramah free la dengan mak sebab bergayut berjam2. Lepas je kes tu. Aku tekad nak beli handphone sendiri, tak mau lagi pakai phone rumah. Kesian kat mak aku kena bayar bil aku (padahal duit top up still lagi mintak mak...kekekeke)

Aku ingat lagi masa mula aku berjinak2 nak pakai handphone. Handphone pertama yang aku beli ialah model Motorola berserta prepaid line TM TOUCH - 013 dengan harga RM178 (Dec 2000). Tak silap aku ada kredit RM70 kat dalam. Rasa dah macam hebat gila masa tu dapat pakai handphone. Maklumlah batak tak penah ada handphone. Kemane jerk aku pegi, handphone aku bawak sekali. Takut2 ada member yang nak call nanti senang nak jawab (macam businessman plak....poyo tahap gaban la klu ada handphone nih..muahahahaha).

Image result for tmtouch
TMTouch - 013

Image result for motorola model 2003
Motorola Mobile Phone


Tak lama lepas tu Adam@TimeCel - 017 (Feb 2001) launch Sim Card baru. Diorang offer free sms to all network. Aku trus beli lepas nampak kat Iklan TV. Bertambah galak la aku ber 'sms'....hehehehe. At the same time aku trade-in Motorala aku dengan Erricsson T10 kaler biru (Flip Phone). Baru la nampak ranggi. Ada la dalam setahun aku pakai.

Image result for motorola t10

Erricsson T10

3rd handphone aku, Nokia 3310 (Jan 2002)Warna- Blue black (tapi slalu tukar warna casing...sbb murah). Banyak jasa phone ni kat aku. Call dan sms da memang core function, tapi yang paling penting ada game ular (snake) dan jam loceng untuk kejut aku setiap pagi. Zaman tu PSP mana wujud lagi, so handphone aku la yang jadi mangsa member2 nak main game. Siap challenge sape dapat score paling tinggi. Last sekali dia berkhidmat dengan aku masa pagi hari raya tahun 2002. Aku letak dalam songkok kat depan cermin tetiba abang aku datang nak try pakai. Dia tak tau yang ada handphone kat songkok tu. Tangan dia laju jer nak sarungkan songkok tu kat kepala dia...aku dengan syahdunya tengok handphone tu terbang depan mata...Pranggg!!! bersepai handphone aku kat lantai. Aku cuba try nak switch 'ON' tapi takda tanda2 yang menunjukkan dia bernyawa lagi. Waaaa!!! raya aku tanpa handphone....ada member2 try call dan SMS nk ucap raya kat aku that day....tapi tak dapat...Semua ingat aku sombong padahal???? (hanya tuhan yang tahu).

Nokia 3310



Balik jerk dari Kampung aku trus g Pertama Complex nak cari pengganti handphone aku yang dah jahanam tu. Jenuh satu complex tu aku survey, last2 aku terpandang satu kedai kat tingkat 3 yang agak ceruk sket lokasi kedai dia nih, actually aku tertarik dengan amoi yang jaga kat situ, tu yang buat aku nak singgah gi kedai dia tu. Banyak gak model phone yang menarik minat aku. Dekat 15 minit jugak la aku dok godek2 phone yang ada tapi hanya satu jerk yang dapat menawan hati aku masa tu....Nokia 8250 - Butterfly (Nov 2002) warna silver. Tak fikir lama aku trus sambar phone nih. Cerialah kembali hidupku dengan handphone baru.

Nokia 8250 a.k.a Butterfly


Tahun 2004, kebanyakan handphone da evolved ke satu tahap yang baru...Screen color handphone yang Kebanyakannya dari jenama Nokia. Company2 lain blum lagi berani nak keluarkan kut masa tu. Mulalah rasa gatal je tangan aku nak tukar handphone (tergoda!!!). Tapi aku still lagi maintain pakai Butterfly untuk seketika sebab aku bercadang nak tukar line ke Maxis Hotlink. Aku purchase Maxis Hotlink starter pack dengan harga RM238 (caya tak?) sebulan lepas tuh aku purchase pulak untuk girlfriend (skang nih da jadi bini) aku dengan harga RM188 (Cehh!!! angin aku satu badan). Line TM Touch aku jual kat member aku sebab sayang nak buang no. cantik (3 angka last sama dengan no. pendaftaran keta wira aku).

Pertengahan tahun 2004, aku telah pun berjaya memiliki screen color handphone yang pertama dalam hidup aku, Nokia 6610 warna putih. Banyak function yang baru ada kat phone ni yang tak ada dalam handphone2 aku yang lepas. Boleh install game (java games), polyphonic ringtones dan yang paling best aku boleh browse internet pakai Maxis WAP /GPRS. Perghh!!! teknologi dihujung tu...Dasat....

Nokia 6610


2006 aku purchase Nokia 3660 (besar macam remote control) warna biru...Sebab aku beli phone nih ada built-in camera, truetone and support MMC memory card. Tak sampai sebulan pun aku pakai phone nih sebab besar sangat. Aku bagi kat girlfriend aku. Suka giler dia dengan remote control nih.


Nokia 3660 a.k.a Remote Control

2007, Nokia telah mengeluarkan new design phone yang agak menarik pada pandangan mata aku. Nokia 6600 (Sabun) warna hitam & silver. Phone yang ke-7 yang aku purchase. Function lebih kurang sama macam nokia 3660. Tapi phone nih tak lama bersama dengan aku sebab bunyi dia tak memuaskan hati aku...slow sangat.

Nokia 6600 a.k.a Sabun


Tak sampai pun 6 bulan aku beralih arah ke Nokia 3G phone yang pertama aku iaitu Nokia 6630 (awal 2006) warna biru tua. Aku suka gila dengan phone ni sebab size dia yang kecik tapi ber 'screen' besar. Aku kurang pasti bila aku tukar sim card aku dari normal ke 3G sim card kononnya nak fully utilize Nokia 6630 punya function la katakan. Phone ni aku memang minat gila. Tapi nyawa handphone nih tak panjang, dia hanya dapat berkhidmat dengan aku untuk beberapa bulan jerk.....

Nokia 6630


Nak dijadikan cerita, aku ditimpa kemalangan pada malam Jumaat. Lagi 3 hari jerk nak masuk bulan Ramadhan masa tuh. Motor yang baru aku beli (YAMAHA 125Z R) tu tak sampai dua bulan hancur teruk termasuklah Nokia 6630 aku...Waaaa!!! hebat tul citer aku nih. Dekat sebulan gak la aku terlantar kat umah.

Lepas jerk aku sembuh dari accident (da boleh jalan), aku mintak tolong member bawak pegi ronda2 kat Sungei Wang (nak cari replacement untuk phone aku yang dah hancur tu). Aku da lama berkenan kat satu phone nih...siap survey kat internet lagi tu (*sebab tak boleh nak jalan2 sebenarnya...kaki sakit dah tu motor plak kat workshop lagi).



Sungei Wang - Syurga bagi pemilik handphone

Dekat sejam jugak la aku pusing2 dalam Sg. Wang tu. At last aku purchase handphone aku kat Takacom Celular. Kali nih aku choose Nokia N70. Function almost the same dengan yang hancus tu plus additional function ada video call. Rugi la kalau ada 3G function tapi tak fully utilize..btul tak? Pastu girlfriend aku sound balik kat aku...ape barang kalau sorang jerk yang ada handphone video call? nak call sape pun? hehehehe....aku pun beli la satu lagi phone yang sama untuk dia pakai (trade-in Nokia 3660 + duit aku).

Nokia N70


At the same day aku trus g kedai Maxis kat Low Yat Plaza nak convert prepaid line aku ke postpaid. Sebab lagi murah kalau nak call, sms dan yang paling penting boleh sembang video call dengan girlfriend aku free. Kami berdua subscribe Maxis Family Plan RM50, walaupun aku dengan dia masa tuh belum pun kahwin lagi...(pedulik ape aku, tak semestinya kalau 'Family plan' tu hanya untuk family jerk. Sape2 pun boleh la...Yang penting monthly commitment boleh bayar sudah).

Pertengahan 2008, aku tergoda dengan Nokia N95 plak. Sebab aku beli, phone nih nya kamera 5.0MP dengan sound yang mengancam (Slide phone). Almost 2 years jugak la yang aku pakai. Function and stability phone ni tak pernah mengecewakan aku.

Nokia N95


In the middle of 2009, one of my friend ajak pegi PC Fair kat KLCC. Mula2 tu memang nak cuci mata jerk. Tapi oleh sebab hasutan member sepejabat, aku simply trade-in Nokia N95 aku untuk HTC touch pro. Member aku racun yang kononnya phone nih best giler. Oleh sebab terpengaruh. Aku trus beli tanpa fikir panjang.



HTC Touch Pro a.k.a Rubish


Bila balik jerk rumah aku rasa tak sedap hati dengan handphone nih. Aku browse kat internet cari forum pasal HTC nih...Resultnya amatlah mengecewakan aku. Terlalu banyak disadvantage dan problem rupanya. Tapi apakan daya...Nasi da jadi bubur, aku dah pun beli phone ni tanpa usul periksa...

Sampai sekarang, aku masih lagi pakai HTC nih sebab kalau nak jual balik pun takda value langsung...Menyesal gila aku beli phone nih. So morale of the story, korang survey dulu before you purchase anything...jangan main langgar jerk macam aku nih...tak kira la ape pun yang korang nak beli...check and survey first...Menyesal Dulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Guna...Padan Muka Aku!!!

Next handphone yang aku aim lepas nih IPhone 6s or other Android Phone yang tengah melambak kat market skang nih...huhuhuhuhu
Sekian....